Status Terbaru
Penatnya biler sekolah homework berlambak sangat!!!!Saya sayang sangat kat cikgu saya ^_^

Friday, 24 February 2012

Frustnya!!!!!!!!!!!

Geram+tak puas hati+frust!!!!!  frust bila kena saman sebab tak keluar rehat . Bukan sengaja pon. Masa tu tengah kira duit buku sejarah lepas tu gikgu disiplin datang. Apalagi tak pasal2 kena saman.Balik  tu satu hari bad mood. Ye lah penat jaga diri agar tidak kena saman , alih2 kena saman atas sebab yang tidak bermunasabah tu. Ye lah kalau kita jadi orang kumpul duit,mestilah nak pastikan duit tu cukup dulu sebelum kita hantar. Dosa kalau tak cukup!!!




                                                                                                              -cerita hari kamis lalu-

Tuesday, 24 January 2012

CNY!!!!!!

Fuh , memang lega dapat cuti tapi bila cuti dah seminggu dan dah tidak ada kerja nak buat memang boring sangat2. Lepas tu dah lah frust giler sebab tak dapat sbp atau mrsm. Rasa nak menangis dari pagi sampai ke petang je. Tapi , oleh kerana aku ini umat islam , hhmm.... aku redha je lah..tapi aku kasih berharap ke sbp atau  mrsm...Oleh itu , sesiapa yang dapat tawaran tu pergi je lah.Janganlah takut kena buli sebab itu hanya berlaku dalam 2 atau 3 minggu sahaja

Thursday, 29 December 2011

TAHUN BARU!!!!

Assalammualaikum!!!!!!!! Bersempena dengan tahun baru ini saya ingin nengucapkan tahun baru kepada  rakyat MALAYSIA.Bersempena tahun baru ini juga saya berhasrat untuk meletakkan azam baru..eh,kejap-kejap apa azam baru saya ya?  Nantilah fikirkan..esok 31.11.2011 jadi ia adalah masa yang sesuai untuk korang letakkan azam baru... 


                             "SELAMAT TINGGAL 2011 , SELAMAT DATANG 2012"

Tuesday, 27 December 2011

RENUNGILAH

Sebagai renungan dan Ingatan bersama...

InsyaAllah

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam
(selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan
muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita
tentang sunnah Rasulallah saw. Antara yang dibincangkannya ialah
tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda saw memberi salam dengan lafaz
"Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan
salam yang lengkap iaitu "Waalaikumussalam warahmatulallahhi
wabarakatuh"

Ringkasnya, baginda saw akan ; Beri salam dengan ucapan -
"Assalamualaikum"

dan...Jawab salam - "Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh"

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

"WAALAI KUMUS SALAM"dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

"WAALAI KUM SALAM"

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita
berkata "Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye" contoh lerr...
Dan bukannya : "Kirim salam kat ASHREE yer"
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti " Ko tolong
kirim salam maut kat dia yer".

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi
syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum"
dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita ganti
dengan perkataan "As Salam" yang membawa maksud sama dengan
"Assalamualaikum".

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform "A'kum" dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah
gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang
bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita
ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan
"Assalamualaikum".

Jangan guna "Bye" kerana"Bye" adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud
"Di Bawah Naungan Pope."Jangan guna "A'kum" kerana"A'kum" bermaksud
"Binatang" dalam bahasa Yahudi.Jangan guna "Semekom"
kerana"Semekom"bermaksud "Celaka Kamu."Gunakan perkataan" As Salam"
sebagai singkatan bagi"Assalammualaikum." Tolong forward kepada umat
Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Tq itu bukan doa untuk kita sesama Islam..nabi saw xajar gitu. Dia ajar kita mndoakan sesama kita muslim. Jadi, kita sebut Jazakallahu khoiron untuk mendoakan sesama kita..wallahu alam. Betulkan ana andai ana salah. Lagipun, kita sendiri xfaham apa itu "terima kasih"..terima kasih? Accept love? Pelik terima kasih, maka kita guna jazakallahu khoir atau syafakallah

Thursday, 22 December 2011

KAWAN vs SAHABAT

Kawan..kawan...kawan..kwn tu memang penting kerana ia akan membantu hidup kita agar tidak menjadi bosan!! TAPI kalau sahabat ia akan sentiasa bersama kita sama ada kita senang atau susah..Kawan memang mudah kita kenali dengan mengenali diri dan budi masing2 .Tapi sahabat memang susah kita nak cari..

Jadi............"HARGAILAH SAHABAT DAN KAWAN ANDA!!!!!"

Wednesday, 21 December 2011

BERDEBAR!!

Salam semua ....hari adalah pengumuman PMR di seluruh MALAYSIA. kepada sepupuku aku sentiasa doakan mu....kepada semua kakak yang mengambil PMR tahun ini..saya doakan..
Kepada yang berjaya alhamdulillah,kepada yang kurang bernasib baik, sabarlah kerana dari kegagalan itulah kita belajar memperbaiki diri kita.